Senin, 20 Februari 2012

Tip hubungan lebih ceria

Januari 28, 2012 by

Dipetik dari Utusan malaysia

Memasuki pertengahan bulan Januari masih ada yang bertanya apa agaknya azam sepanjang tahun 2012 ini? Untuk lebih banyak bersenam? Atau lebih produktif?

Tetapi percayalah untuk menjadi lebih jujur dan terbuka dalam perhubungan suami isteri tentunya tidak ada dalam senarai azam tahun baru kebanyakan orang. Ini kerana manusia cenderung membiarkan sesuatu perhubungan berjalan mengikut arus. Dengan mengharapkan segala halangan yang ditempuhi pulih sendiri. Paling tidak berlaku pertengkaran yang akhirnya membuatkan pasangan saling bermasam muka antara satu sama lain.
Cara terbaik untuk mempunyai hubungan yang gembira dan membahagiakan adalah berusaha ke arah tersebut.
Berikut 12 tip mudah yang mungkin dapat memperbaiki hubungan anda suami isteri menjadi lebih ceria pada tahun 2012 ini.
1. Ucapan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya dan mengelakkan anda daripada mengambil kesempatan antara satu sama lain.
2. Usik punggung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Ia bukan tujuan seksual sebaliknya hanya untuk mencetuskan kemesraan dan keintiman.
3. Beri ciuman setiap pagi.
4. Ucapkan ‘selamat pagi’ setiap pagi.
5. Berpelukan.
6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang menganggu anda.
7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan, ia mungkin merosakkan hubungan kerana ia mungkin sudah tidak dianggap manja.
8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran bila atau siapa yang patut melakukan.
9. Amalkan mendengar apa yang diluahkan pasangan.
10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara perkara yang mungkin anda kurang selesa.
11. Jika isteri atau suami anda tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu di tonton, cuba main ‘5-3-1’. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan orang pertama tadi keluarakan dua lagi, jadi yang tinggal itulah tempat dituju.
12. Walaupun tinggal bersama sebagai suami isteri, pastikan masing-masing masih mempunyai tempat untuk bersendiri di mana anda boleh berehat, membuat kerja kesukaan anda atau sekadar mengelamun.
Intim-Utusan

Makna hadiah

Mac 2, 2008 by
JAM TANGAN………
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN………….
Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG………….
Tanda mesra
RANTAI LEHER …….
Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG………….
Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT…………..
Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN…….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG………….
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI…….
Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR…..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU……………
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA……………
Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ……..
Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ………
Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN………
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
kiriman: “chipmunk_malaysia”

Rahsia yang perlu dijaga…..

Februari 26, 2008 by
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang
akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita.

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki

Februari 26, 2008 by

Ntah ler betul ke idak nie macik2  dan sesape je lah cuba kasik pendapat korang betul ke idak nih???
banyak sangat nie kompius aku

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga

Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi IBU SUPER!

Februari 26, 2008 by
Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan
Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah pada masa lain untuk berbincang dengannya.
Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.
Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu bapa.
Menerapkan disiplin
Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak berdisiplin?
Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka.
Hindari memukul anak sekiranya sedang marah
Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda.
Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika anda sedang marah?
Ugutan dan herdikan
Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita akibat daripada perbuatan tersebut.
Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi.
Bayangkan kita menggunakan kata seperti, “Budak bangang!!” Sanggupkah kita mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w?
Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak
Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur.”
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.
Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.
Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.
Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.
Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.
Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?
Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.
Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.
Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 5: Suri Rumah Si Ibu dalam buku Manual Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

Teknik Bertengkar secara positif

Februari 26, 2008 by
Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Seribu Burung Kertas

Februari 25, 2008 by
Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000
burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan
hatinya.
Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah
sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl
memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah
ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl
memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang
matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku
harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin !”
Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan
dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah
menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.
Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy
berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang
lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl.
Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di
hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat
mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !
Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak
hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa
indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan
seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.
Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua
tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai
payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang
ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy
mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.
Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang
dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang
pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan
begitu hidup.
Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke
Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin
Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada
menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy
berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari
nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “
Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-
mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur
tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.

BOLEHKAH ISTERI MENUNTUT HAKNYA?

Februari 18, 2008 by
BOLEHKAH ISTERI MENUNTUT HAKNYA? Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan,terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka.Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab. 
Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.
Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin seperti mana dalam huraian artikal-artikal yang lepas (tanggungjawab seorang suami, nafkah batin bukan sekadar seks, tanggungjawab suami dalam nafkah harta dan suami yang lalai dalam tanggungjawabnya).
Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami,maka ia tergolong sebagai wanita yang baik.
Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu),itu dikira suatu penganiayaan. Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran.Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt,minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah,setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.
Mengenai hak kasih sayang dan hubungan seks, sekiranya isteri tidak puas, seelok-eloknya berterus-terang dengan suami, supaya dia dapat memperbaiki diri dan membuat perubahan. Berbincanglah dengan penuh hikmah dan terangkan kepada suami bahawa dengan ketidakpuasan seorang isteri itu akan menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk kepada rumahtangga. Antaranya, apabila nafsu seks tidak terpenuh, isteri akan mudah berang,rasa benci pada suami, tidak dapat menguruskan suami dan rumahtangga, susah untuk senyum dengan suami,bermasam muka dengan suami dan lain-lain kederhakaan lagi. Dan sekiranya nafsu itu dapat dipenuhi barulah isteri berasa ringan dan tenang malah gembira untuk berkhidmat dengan suami. Ini adalah fitrah semulajadi perempuan. Dalam syariat juga menyuruh para suami mempertimbangkan akan hal ini.
Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar,kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini.
Isteri juga cubalah usahakan dengan sembahyang hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu puan. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya puan tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang.Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw:
�Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga.�
Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah,jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu.Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum,pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah
semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.
Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita samada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami. InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia,lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
�Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu  yang bakal ditempatkan di syurga?�
Jawab para sahabat: �Bahkan kami suka.� Sabda Rasulullah:
Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya).

JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU

Februari 18, 2008 by
JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allahjadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikanberpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan denganbunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunanmasing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:
�Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dankemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucudan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.�Firman Allah lagi,�Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.�
Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangansedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jikamenerima gelaran �andartu� atau anak dara tua. Merekatidak rela menerima gelaran itu.
Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yangmasih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikansegera kerana ia boleh menjejaskan kestabilanmasyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi.Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.
Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelarandartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadibagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalahummah. Kita mestilah mengkaji dan mencarilangkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek danmenghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalahmereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.
Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yangmenjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidakkahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanitaintelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yangtinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor danlain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaumlelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yangtinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikitmula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.
Wanita-wanita �istimewa� ini berharap mereka akanbertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga.Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan sukamemerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang
bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengansuami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untukberisterikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dangadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.
Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebihdaripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takutterkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya
beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.
Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekatwanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorangparamugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badansudah hilang potongannya, mengandung pula, hendakfikir anak dan suami.
Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yangmencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinanhingga lewat usia.
Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikapibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang buludalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak daramereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yangtidak sama darjat dan keturunan serta berjawatantinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.
Kadang-kadang sikap �pilih bulu� ini datang daripadaorang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalupemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelakimoden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk,tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambilkeputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itusetia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah diapenyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorongwanita bersikap pesimis atau �tawar hati� untukberkahwin.
Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebihlagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulahwanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yangkita takuti, pilih punya pilih terpilih punggungcawan!
Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin keranapernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya,yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alamrumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran danpenganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitarhidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangatmendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh
menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan adajuga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta(frust).
Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat puladengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak bolehkahwin selagi belum tamat belajar. Masalah inimelibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luarnegeri. Sedangkan dalam masa yang sama,pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepasbebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkanperkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.
Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggupbersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayannafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiriakan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi,perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:
�Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirikyang lebih besar daripada seorang leki-laki yangmenumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.�
Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilanganandartu dalam masyarakat hari ini adalah belanjakahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naikmacam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anakperempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?
Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanjakahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itusudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnyameningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung
RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalauyang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilahhantaranya? Ini semua menghalang wanita daripadakahwin cepat.
Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satufaktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalammasyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisisdalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yangmendorong pelepasan nafsu seks secara haram.
Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidakdicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akanjadi mudah. Tidak akan timbul �jalan belakang� untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapattidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yangberiman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yangdiredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.
Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terusditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkansalasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yanglahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinyauntuk menerima kebenaran.
Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cubadiselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidakmengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun,masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartuini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatianberat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting.Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilannegara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akantergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yangpaling penting adalah kutukan Allah swt. SabdaRasulullah saw:
�Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklahnegara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.�
Justeru itu, penyelesaian yang utama untukmenyelesaikan masalah andartu ini adalah denganmengatur perkahwinan mengikut syariat tanpamenyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yangdiriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:
�Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telahsanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itulebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.�
Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untukdilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 
1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3.Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.
Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentukcincin seperti yang pernah dilakukan di zamanRasulullah. Sabda Rasulullah saw:
�Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.�
Belanja kawnin pula boleh dirundingkan. Sepatutnyakenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuanbukan untuk bermegah-megah.
Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yangtepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khassesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut.Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinanbakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalamseluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat,bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlispernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.
Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan denganberbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalahandartu antaranya:
 Melalui persetujuan ibu bapa kedua belahpihak.
 Peminangan pihak lelaki dengan pihakperempuan.
 Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.
 Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengantujuan menyebarkan ajaran Islam.
 Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yangtelah layak dan mampu.
 Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkanperkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.
 Menggalakkan poligami memandangkan bilanganperempuan melebihi bilangan lelaki. Jangan pihakwanita melenting tau.
Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atasboleh diatur sama ada perkahwinan monogami ataupoligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidakjadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:
�Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikankamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya,laki-laki dan perempuan yang banyak.�
Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yangmenggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan.Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal danperasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan danpilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidakberakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itukembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini.Mudah dan senang.
Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabilatiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu,iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadiisteri atau suami yang baik di sudut rohani danjasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itutidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan�. kahwinkan mereka segera!
Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi dirikita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akantimbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga,itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikanjodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.
Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bilamanusia kembali kepada agama. Barulah hati akanmengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsusyahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama danbersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama,menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akandatang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI

Februari 18, 2008 by

MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI

 

Saya merasa terpanggil untuk memberi serba sedikitpandangan atau pendapat di dalam ruang ini,memandangkan terlalu ramai yang telah memberi hujah mengenai bab poligami ini. Ada diantaranya yangsanggup memberi hujah tanpa disedari hujahnya ituterlalu mengikut kata nafsunya sendiri dan bukan mengikut kata syariat lagi. Hujah-hujah yang mengikutkata nafsu yang tidak dipimpin oleh iman ini, tanpadisedari atau tidak, dia boleh termasuk antara golongan orang-orang yang menentang hukum atauketentuan Allah swt.

Ingat, setiap apa perbuatan kita baik lahir dari hati,percakapan atau penulisan kita, semuanya nanti akanAllah swt. hisab di akhirat. Semua lakonan kita di dunia ini nanti akan Allah swt pertontonkan semula.Apakah kita sanggup nanti dicampak ke dalam nerakaakibat kelemahan nafsu kita yang tidak setuju dengan poligami ini?

Soal poligami adalah soal yang sensitif pada golongankaum wanita umumnya. bermacam-macam hujah dikeluarkanoleh meraka yang tidak bersetuju dengan poligami ini,kalau nafsunya tidak ditunduk atau dipimpin olehkesedaran iman.

InsyaAllah, moga-moga Allah izinkan saya menjawabbeberapa soalan atau hujah-hujah kaum wanita yangtidak berapa setuju dengan poligami ini. Untuk memudah pemahaman ini saya akan membuat beberapa soalankembali dari kebanyakan wanita yang telah bersuamiyang meminta pandangan dari saya sebelum ini.

Soalan: Kenapa kebanyakan lelaki suka berkahwin lebihdari satu?

Jawapan: Itukan bagus? Para isteri berpeluangmenghadia hkan kepada suami mereka sesuatu yang palingberharga.

Soalan: Tidak mungkin begitu. Sanggupkah seoranglelaki menghadiahkan kepada isterinya seorang lelakilain sebagai suami kedua?

Jawapan: Itu tidak mungkin, sebab syariat tidakmembenarkan. Sebaliknya syariat membenarkan seoranglelaki berkahwin lebih dari satu.

Soalan: Kenapa begitu? Bukankah dari segi perasaanlelaki dan wanita sama sahaja. Kalau seorang lelakitidak rela isterinya menduakannya, maka wanita juga
tidak rela suaminya menduakannya. Apa syariat tidakmenimbangkan soal ini?

Jawapan: Ya, di segi perasaan lelaki dan wanita adalahserupa tetapi tidak serupa kemampuan dantanggungjawab. Oleh itu tidak semua perkara yang dibolehkan pada lelaki, boleh juga pada wanita.Contohnya tentang poligami, perempuan tidak dibolehkankerana seandainya dia mengandung, anak itu hendak dibinkan suami yang mana? Kesan dari itu macam-macamrisiko yang terpaksa ditanggung oleh anak itu, ibuayah, datuk nenek dan saudara mara yang terlibat.Kepada siapa pula anak itu dipertanggungjawabk an?

Hal ini tidak berlaku kalau lelaki yang berpoligami. Anak-anak yang lahir dari isteri-isterinya semuanyaadalah tanggungjawab suami. Kalau isterinya empat orang, anaknya pula 30 orang, maka semuanya mestidibiayai oleh suami tersebut. Itu merupakan salah satusebab kenapa poligami tidak dibenarkan pada perempuan.tetapi lelaki dibolehkan dengan syarat diabertanggungjawab melindungi dan menanggungi semua yangterlibat. Itulah keadilan syariat.

Jika wanita terpaksa berdepan dengan kesusahan keranapoligami, lelaki pula begitu juga. Wanita susahperasaannya, lelaki susah tanggungjawapnya.

Soalan: Seandainya saya jadi suami, saya rasa tidaktergamak hendak menduakan isteri. Tetapi kenapa diasampai hati untuk berbuat begitu?

Jawapan: Saudari tidak boleh menyamakan jiwa lelakidengan jiwa wanita. Jauh bezanya watak hati antara duamakhluk yang berlainan jenis itu. Syariat membenarkanpoligami kerana lelaki mempunyai jiwa dan fizikal yanglayak untuk itu, untuk tujuan-tujuan yang besar pula.Tetapi perempuan tidak dijadikan untuk tugas ini.

Antara kepentingan poligami ialah:
1. Meramaikan zuriat.
2. Membela yang janda, andartu dan lebihan wanita.
3. Menyelesaikan masalah suami sewaktu isterinyamengandung , bersalin dan lain-lain keuzuran.

Soalan: Bukankah ikatan suami-isteri diasaskan atasfaktor itu?

Jawapan: Ya, tetapi bukan semata-mata itu. Saudariperlu imbangkan kehendak-kehendak nafsu ini dengankemahuan- kemahuan akal fikiran, jiwa sertakeperluan- keperluan kemanusiaan orang-orang selainsaudari.

Soalan: Apa maksud saudara?

Jawapan: Akal saudari tentu bersetuju dengankepentingan- kepentingan atau faedah-faedah poligami.Hati saudari pasti bersempati dengan kaum sejenis yang tidak ada suami atau wanita tersebut belum berkahwinlagi. Betapa orang lain selain saudari mengharapkanagar saudari merelakan suami saudari berkahwin lagi.Bahkan saudari sendiri sepatutnya merasa terhutangbudi kepada suami saudari kerana mengahwini sertamelindungi dan menyediakan rumah dan keperluan saudari. Atas pengorbanannya itu adalah tidak wajarseandainya saudari tidak membenarkan permintaannyauntuk berkahwin lagi.

Soalan: Saya tetap merasakan bahawa setiap wanitatidak bersetuju dengan poligami. Kami hilang bahagiakerana poligami.

Jawapan: Manusia hilang bahagia bukan kerana poligami.Berapa ramai orang yang tidak terlibat dengan poligamipun �frust� selalu, yang ramai bunuh diri itu, bukansebab poligami, tetapi tak lain tak bukan kerana imanlemah.

Siapa juga yang tidak kuat iman, akan hilang bahagiadengan segala bentuk ujian. Ujian tidak lulus periksa,tunang diambil orang, kematian orang yang dikasihi,suami berkahwin lagi dan lain-lain.

Soalan: Saudara menganggap saya tidak beriman?

Jawapan: bukan begitu. Bukti iman seseorang ialah diaredha dengan takdir yang Allah tentukan padanya. Diatidak keluh kesah. Tidak menderita. Iman membuatkan seseorang boleh tenang dalam ujian. tenang walaupunsuaminya berkahwin lagi.

Soalan: Saudara menyuruh saya melawan fitrahkewanitaan saya, sedangkan kehendak fitrah adalahsuatu tuntutan yang murni, yang patut dibenarkan?

Jawapan: Menderita kerana suami berkahwin lagi bukanrasa fitrah. Itu adalah nafsu, sebab poligami bukanmengambil seluruh keperluan-keperluan batiniah wanita(ertinya tidak menafikan keperluan fitrah). Ia hanyameminta wanita mengorbankan sebahagian kenikmatan ituuntuk kaum sejenisnya yang juga memerlukan nikmat itu.

Soalan: Tapi perasaan ini sangat menguasai saya,menentukan tenang tidaknya hidup saya?

Jawapan: Memang nafsu itu boleh membuatkan seseorangmasuk neraka dunia dan akhirat. Bukankah Allah danRasul telah memberitahu tentang ini.

�Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepadakejahatan.�

Sabda Rasul lagi ertinya,

�Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yangterletak antara dua lambung engkau.�Barangsiapa yang mengikut kata nafsu hingga lupakanAllah, maka lihatlah apa akibatnya. Allah berfirman:

�Barang siapa berpaling daripada mengingati aku makabaginya ialah kehidupan yang sempit.�

Soalan: Bagaimana saya boleh melepaskan diri daribelenggu nafsu ini?

Jawapan: Nafsu hanya boleh ditunduk dengan api neraka.Maksudnya sewaktu nafsu memujuk kita agar berlakuengkar dengan Allah, maka kita katakan padanya, �Wahai nafsu, kata-kata engkau ini boleh menyelamatkan aku,tetapi  akan membawa aku ke neraka.janganlah engkau hendak memperdayakan aku.� Saudari percaya padaneraka?

Percaya, tapi tidak begitu memikirkannya. 

Jawapan: Kerana hati dan fikiran kita sentiasamemikirkan hal-hal keduniaan. Itulah dia nafsu. Diatelah berjaya menguasai sepenuhnya lahir batinsaudari, sedangkan wanita beriman, hati dan fikirannyabanyak memikirkan nasibnya di akhirat.

Soalan: Apa faedahnya kita memikirkan sangat tentang akhirat?

Jawapan: Supaya kita dapat berkorban sebanyak mungkindi dunia ini, untuk mendapat sebanyak-banyaknyak euntungan di akhirat. Contohnya saudari dapat korbankan harta benda di jalan Allah agar ianyamenjadi simpanan di akhirat, sedangkan wang itu jikatidak dikorbankan ia akan habis di dunia sahaja.Begitu juga saudari dapat berkorban untuk suami dengan membenarkan dia berkahwin, demi merebut janji Allah diakhirat. Walhal jika saudari �control� dia, dia pastiakan mati juga dan saudari tidak mendapat apa-apa diakhirat. Mengapa saudari mesti melepaskan peluang ini?Tetapi pengorbanan ini rasanya terlalu berat untuksaya.

Jawapan: Kerana saudari tidak nampak (dengan hati)syurga di akhirat. Kalaulah saudari melihat syurga maka harga suami ataupun dunia ini keseluruhannya sudah menjadi kecil sekali. Dan saudari tidak merasaberat lagi untuk berkorban. Saudari pernah belajar diuniversiti?

Pernah

Jawapan: Mudahkah untuk memasuki universiti dan untuklulus di universiti? Tidak bukan? Saudari terpaksaberkorban bertahun-tahun tanpa rehat, tanpa berhibur,kurang tidur, berjaga malam dan kurang makan. Masapenuh dengan berfikir, mengkaji, menghafal, merujuk,menulis, membaca, mengira dan bermacam-macam lagi.Semua kesusahan itu saudari menanggungnya dengan rela,demi mengharapkan kejayaan. Dari kejayaan itu Saudari mengharapkan syurga dunia. Syurga sementara. Syurga

Begitulah juga dengan orang lain, bersusah-susah dalamhidupnya demi mendapatkan kemewahan duniawi. Nelayanrela mengharungi laut untuk hidup. Sekarang cuba saudari paksa diri untuk menanggung beban kesusahanduniawi demi untuk mendapatkan syurga akhirat yangkekal abadi. Kalau betul saudari beriman dengannya.

Hanya setakat ini dahulu, semoga pandangan ataupendapat saya ini dapat membetulkan beberapa kesilapanyang selama ini kurang disedari oleh pihak-pihak yangmemandang soal poligami terlalu negative atausebagainya. Moga-moga pandangan atau pendapat saya inimenambah pemahaman dan ilmu anda semua dan anggaplahyang benar itu datangnya dari Allah swt dansama-samalah kita menerimanya dan yang tidak benar ituanggaplah ianya dari kelemahan saya sendiri danselepas ini jangan anda lupa membaca bab PoligamiAdakah Cinta Nafsu.



Hari Kekasih – Elakkan termakan pujukan syaitan

Februari 13, 2008 by
Umat Islam kini berhadapan dengan cabaran dan ujian yang semakin rencam.
Biarpun penjajahan bentuk ketenteraan tidak lagi berlaku tetapi kita masih
diserang kiri dan kanan setiap hari.
Ini terutamanya melalui pelbagai promosi oleh golongan kufar yang tidak
senang terhadap orang Islam. Ini termasuk mengkomersialkan sambutan Hari
Kekasih pada setiap 14 Februari agar orang Islam turut sama merayakannya.
Sikap ingkar mereka dijelaskan menerusi firman Allah, Orang-orang Yahudi
dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu)… (al-Baqarah: 120)
Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Dekan
Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Muhammad Subari Ramli mengulas hal ini.
MEGA: Apakah konsep kasih sayang menurut Islam?
SUBARI: Islam meletakkan cinta yang paling agung adalah kepada Khalik atau
Pencipta iaitu Allah s.w.t. Bagaimanapun, pada masa yang sama Islam tidak
menolak naluri kasih sayang yang diciptakan kepada makhluk. Namun, kasih
sayang ini masih terbatas dan tidak boleh melebihi cinta kepada Pencipta.
Dalam konteks cinta yang merata ini ia meliputi bukan sahaja kepada tuhan,
manusia dengan manusia tetapi juga manusia kepada makhluk lain ciptaan
Allah. Contohnya kepada haiwan dan tumbuhan juga perlu diberi kasih sayang.
Cuma ia tentunya berbeza dengan kasih sayang sesama manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis yang bermaksud, rahmatilah apa
yang ada di bumi maka yang di langit juga akan merahmati kamu.
Dalam Islam, bandingan kasih sayang Muslim itu ibarat satu tubuh apabila
dicubit paha kanan paha kiri pun terasa sakitnya.
Para sahabat Rasulullah dahulu semuanya mendahulukan cinta kepada Allah dan
Rasul melebihi diri sendiri. Mengapa perasaan begitu tidak ada lagi dalam
diri kita hari ini?
SUBARI: Antara sebabnya kita tidak lagi dibentangkan dengan kisah-kisah
iktibar seperti cintanya khalifah Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w yang
melebihi daripada cinta kepada diri sendiri.
Demikian juga kerelaan Saidina Ali menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat
tidurnya dalam peristiwa hijrah Baginda bersama Abu Bakar. Pada logik akal,
sudah tentu menjadi pengganti Rasulullah s.a.w itu bakal berhadapan maut
tetapi kerana kasihkan Baginda, Saidina Ali sedia berkorban.
Namun, kini kita sering dibentangkan dengan slogan seakan-akan keagungan
cinta sesama manusia itu melebihi daripada yang lain. Ia disajikan kepada
kita hampir setiap hari menerusi media massa terutamanya menerusi
televisyen seperti filem-filem hindustan dan sebagainya.
Pendek kata, kita tidak ada asuhan dalam konteks pembinaan akidah bagi
merasai atau memberi kasih sayang dalam erti kata mentaati Pencipta.
Malah, apa yang sering berlaku, apabila menonton filem hindustan ramai yang
melewat-lewatkan solat dan mungkin juga ada yang terlepas solat dek asyik
menonton. Lebih malang lagi, mungkin inilah sikap orang dewasa khususnya
ibu bapa yang kemudiannya diteladani oleh anak-anak.
Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan tentang orang kafir itu tidak akan
reda selagi kamu tidak mengikuti mereka. Namun, masih ada umat Islam yang
terpengaruh dengan perbuatan golongan kafir antaranya menyambut Hari
Kekasih. Kenapa ini masih berlaku?
SUBARI: Pertama, kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari
Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi,
jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan
Valentine’s Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St.
Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II
(268-270M).
St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia
sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin
atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I
(496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu
sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi
kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan
korban binatang).
Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh
membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih.
Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek
komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain.
Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila
dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti
dirayakan setiap tahun.
Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa
menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.
Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya,
seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik)
sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.
Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa orang yang mempersekutukan- Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan
(dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya…
(al-Nisa’: 116).
Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan
suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini?
SUBARI: Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya,
orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.
Ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama
lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.
Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)
Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad):
Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu
tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara
aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. (Al-Kafirun:
1-6)
Tetapi kalau kebetulan kita membeli hadiah untuk isteri atau suami tanpa
niat sambut Hari Kekasih itu tidak salah. Yang penting jangan ada niat
walau sedikitpun untuk meraikan hari tersebut.
Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama meraikannya, maka hendaklah
cepat-cepat kita sedar dan beristighfar. Sebabnya, perkara ini walaupun
nampak enteng tetapi menjejaskan akidah.
Jangan kita diperdayakan oleh syaitan yang telah bersumpah memperelokkan
maksiat kepada kita dalam usaha menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh
Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.
Bagaimana pula Islam mengajar umatnya dalam berkasih sayang terutama kepada
ibu bapa, suami isteri dan keluarga?
SUBARI: Pertama, Islam tidak ada tempoh masa tertentu untuk kita pamerkan
kasih sayang. Sayangnya, dalam masyarakat Melayu ada kecenderungan hanya
pilih waktu tertentu contohnya mohon maaf hanya bila tiba Hari Raya
Aidilfitri.
Sebenarnya, kasih sayang ini perlu ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih
kepada isteri dan anak-anak. Orang muda mestilah mengasihi yang lebih tua
dalam erti kata menghormati mereka.
Kedua, motivasi berkasih sayang berdasarkan tuntutan agama. Kita
mengasihani mereka kerana agama ini menuntut demikian. Bukan kerana harta
mereka atau sebagainya.
Malah, ketaatan kita juga tidak melampau sehingga sanggup melakukan
kejahatan atau maksiat semata-mata memenuhi kehendak mereka.
Ketiga, pamerkan kasih sayang kita. Tunjukkan melalui tutur kata dan
tindakan yang baik. Pendek kata, tunaikan segala tanggungjawab yang
dianjurkan oleh syarak kepada mereka. Lebih daripada itu, tidak salah
mempamerkannya sekali-sekala melalui pemberian hadiah atau ucapan cinta.
Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau
balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan
kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih
Pencipta.
kiriman:
alma.qa

10 PaNtanG LeLaKI

Februari 12, 2008 by
Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua. 1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan. 

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. 

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya.  Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

Mas Kahwin: Antara boleh dan berkat

Februari 8, 2008 by
Mas Kahwin: Antara boleh dan berkat
Posted on Tuesday, February 05 @ 06:54:26 MYT by SongkokPutih
Bicara Agama Oleh al-bakistani
“Dalam MyMetro yang bertarikh 4 Febuari 2008, isnin dimuka hadapan dipaparkan satu berita yang menarik untuk dibaca, iaitu berita yang bertajuk “Menantu beri cek palsu”.
Dalam paparan berita tersebut, dinyatakan berkenaan dengan seorang Pemuda yang berumur 23 tahun yang telah menyerahkan cek palsu kepada mertuanya, sebagai penyerahan Mas Kahwin ketika menikahi anak gadis yang berumur 21 tahun[1]. 
Membaca berita tersebut, aku berfikir sejenak memikirkan punca perkara ini terjadi. Jika dilihat kepada isi kandungan berita tersebut, ibu mangsa menyatakan bahawa dia dimaklumkan bahawa pemuda tersebut telah melakukan tindakan yang sama sebelum ini kepada dua gadis yang lain. 

Padaku, kenyataan ibu mangsa itu ada kemungkinan benarnya, dan ada kemungkinan tidak benar, ini adalah kerana, bagaimana mungkin dua kali dilakukan sedangkan belum terdapat berita seperti ini berlaku disamping dilihat kepada umur pemuda itu baru sahaja mencapai 23 tahun.


Dari berita sebegini, aku tidak melihat itu sebagai punca yang menyebabkan kejadian sebegini boleh berlaku, tetapi pada pengamatanku yang melihat kepada kawan-kawan yang ingin berumah tangga, aku agak dapat mengagakkan sesuatu yang sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut, walaupun kemungkinan agakkanku itu tidak tepat.

BERLAGAK KAYA 
Malaysia dianggap sebagai Negara yang kaya. Ini dilihat kepada bangunan yang mencakar langit, disamping ucapan pemimpin-pemimpin Negara yang agak “takabbur” di Negara-negara luar. Aku masih ingat, semasa di Mesir, kerajaan Mesir telah menetapkan agar pelajar Malaysia membayar Yuran pendaftaran masuk Universiti  sebanyak lebih kurang RM 400 kepada Universiti Al-Azhar, sedangkan sebelum ini, Yuran pendaftaran kemasukan Universiti hanya 3 Junaih (lebih kurang  RM 2.50) sahaja. 
Ketika bertanya kepada pegawai pendaftaran, beliau menjawab, pemimpin Negara kamu kata, negara kamu kaya, masakan tidak dapat membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan?.
Mendengar kenyataan itu, aku agak dapat memahami mengapa kejadian ini boleh berlaku. Ianya lanjutan dari beberapa orang menteri yang telah datang ke Mesir ketika itu dan mengeluarkan beberapa statement yang menyatakan Malaysia sebuah Negara yang kaya.

Apa yang berlaku ketika itu, ramailah pelajar-pelajar Malaysia yang tidak dapat melakukan pendaftaran masuk melainkan setelah mendapat bantuan hutang dari kawan-kawan.


Berlagak kaya ini telah merebak kepada masyarakat melayu dalam menetapkan mas kahwin dikala anak perempuan mereka dipinang oleh si jejaka. Disamping itu juga, dilihat kepada artis-artis yang berkahwin yang mendapat liputan media massa yang agak meluas dengan “hantaran” yang agak mengejutkan, menyebabkan ramailah orang melayu Islam mahu meniru.

Dengan keadaan sedemikianlah, maka berlakulah penetapan “hantaran” yang kadangkala mengejutkan sedangkan si jejaka tidak mampu untuk menyediakan semua itu melainkan perlu kepada bekerja bertahun-tahun terlebih dahulu, atau terpaksa berhutang.
Keadaan inilah menyebabkan, ramailah si jejaka yang telah meletakkan perasaan yang terlalu ingin berkahwin melakukan apa sahaja tindakan agar dapat memperisterikan kepada si dara yang dicintainya itu, yang kadangkala, tindakannya sebenarnya mengaibkan sehingga berita tindakannya itu masuk kedalam akhbar bacaan harian yang dimuatkan pula di muka surat hadapan.
HANTARAN YANG MEMBEBANKAN
Aku tidak menafikan fungsi “hantaran” yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu. Ada sebilangan ulama-ulama melayu menyatakan, amalan itu perlu dilakukan disebabkan bersandar kepada kaedah fiqh yang berbunyi;
 الْعَادَة مُحَكَّمَةٌ
Maksudnya;
          “adat yang dijadikan hukum” (Al-As’bah wa An-Nazair : 1/164)
Bermakna, apabila amalan “hantaran” ini menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat melayu, maka hantaran itu perlu disediakan. Padaku, kaedah itu tidaklah salah, tetapi yang salah pada cara penyesuaian hukum yang hendak dilaksanakan di kalangan masyarakat.
Apa yang pasti, kaedah ini disandarkan kepada satu hadis yang mauquf, iaitu hadis dari Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan;
 مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ
Maksudnya;
          “Apa yang orang islam lihat cantik, maka ianya pun cantik disisi Allah SWT” (Al-Mustadraq ‘Ala Sahihain : 4439)
Dari itu, apabila dilihat kepada budaya masyarakat melayu, mas kahwin tidak dijadikan isu sangat, disebabkan mas kahwin telah menjadi sesuatu yang telah ditetapkan di setiap negeri-negeri, yang kadarnya tidaklah membebankan. 

Tetapi, apa yang pastinya, masyarakat kita bermain dengan “hantaran” yang agak lumayan. Ianya diletakkan kepada pengantin lelaki dengan kadar yang membebankan.


Dengan keadaan itulah menyebabkan, ramailah si jejaka yang ingin  memperisterikan si dara terpaksa menunggu untuk mencari kewangan bagi menampung “hantaran” yang ditetapkan itu.

dalam keadaan itulah, mereka sudah tidak “tahan” menyebabkan kadangkala berlaku zina diantara mereka, berpasang-pasangan ke hulu dan ke hilir, berkhalwat ditasik-tasik dan sebagainya.

Melihat keadaan inilah, adakah dikira cantik lagikah disisi Allah hantaran yang membebankan itu? jika baik, masakan Allah mengizinkan maksiat sebegini berlaku?


Inilah persoalan yang perlu bermain di kepala setiap ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang akan dipinang oleh jejaka yang bakal menjadi suami anak gadis mereka.


MAS KAHWIN MURAH ADALAH BERKAT


Tidak dinafikan, memang diizinkan kita hendak memahalkan mas kahwin mengikut kadar yang kita mahu. 

Firman Allah;
 وَآَتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا
Maksudnya;
          “kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (isteri) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun”

(Surah An-Nisa’ : 20)


Juga tidak dinafikan, Saidina Omar pernah meminta agar para muslimat di zaman beliau menurunkan harga mas kahwin serendah 400 dirham, tetapi dibantah oleh seorang muslimat dengan katanya;

يا أمير المؤمنين، نَهَيْتَ الناس أن يزيدوا النساء صداقهم  على أربعمائة درهم؟ قال: نعم. فقالت: أما سمعت ما أنزل الله  في القرآن؟ قال: وأي ذلك؟ فقالت: أما سمعت الله يقول: { وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا

Maksudnya;
          “Wahai Amir Al-Mu’minin, adakah kamu melarang manusia bahawa perempuan menaikan harga mas kahwin mereka melebihi 400 dirham? Berkata (Omar) : benar. Berkata (perempuan), adakah kamu tidak mendengar firman Allah dalam Al-Quran? Berkata (Omar) : apakah ia? Berkata (perempuan) : adakah kamu tidak mendengar firman Allah (yang bermaksud) “kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka (isteri) dengan harta yang banyak”. (Tafsir Ibni Kathir : 2/243)

Dari ayat al-Quran dan athar yang dinyatakan ini merupakan hujjah untuk menyatakan dibenarkan kepada kita untuk memahalkan kadar mas kahwin.
 Pun begitu, apa yang ingin dinyatakan dalam tulisan ini adalah, apakah lebih baik si perempuan memilih jalan yang menyenangkan kepada si jejaka. Iaitu jalan senang yang membawa kepada keberkatan.

Memudahkan mas kahwin merupakan jalan kemudahan yang membawa kepada keberkatan seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;

إن أعظم نساء أمتي بركة أقلهن مهرا

Maksudnya;

“Sebesar-besar berkat perempuan dikalangan umatku adalah serendah-rendah mas kahwinnya” (Musnad As-Syihab Al-Qida’ii : 1065)


Dan juga sabda nabi SAW;

أيسرهن مهرا أكثرهن بركة

Maksudnya;
          “semuda-mudah mereka mas kahwin, sebanyak-banyak mereka berkat” (Fatawa Muasarah : 1/447)

Begitujuga, melihat kepada amalan salaf soleh yang mengahwinkan anak mereka dengan tidak melihat kepada kadar kemampuan si jejaka membayar mas kahwin, tetapi melihat kepada kadar ketaqwaan si jejaka kepada Allah SWT.


PENUTUP

Pernah aku bersembang dengan sebilangan “orang-orang tua” tentang perkara ini, tetapi responnya agak negative. Mereka menimbulkan cerita omar untuk menegakkan amalan mereka itu.

Aku berfikir, mereka berhujjah dengan kisah omar untuk hendak dimahalkan hantaran atau mas kahwin, tetapi dalam masa yang sama, apabila melihat kepada anak-anak gadis dan anak jantan mereka, masakan aurat, bahkan ke hulu ke hilir bersama dengan pasangan masing-masing pun mereka tidak endahkan.


Kalau keadaan inilah berlaku, padaku, membiarkan keadaan anak-anak mereka yang bercampur lelaki dan perempuan merupakan perkara haram. Dan sekiranya percampuran itu berpunca dari melambatkan mereka kahwin lantaran mas kahwin atau hantara yang terlalu mahal yang di tetapkan, maka penetapan mas kahwin dan hantara yang mahal itu adalah perkara yang haram.

Akhir dari tulisan ini, aku ingin berpesan kepada diriku dan pembaca-pembaca sekelian dengan satu hadis Nabi SAW;
 إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya;
          “Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)

Sekian 


Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

http://al-bakistani .blogspot. com
abu_abdillah_ azzam@yahoo. com

Syurga di telapak kaki suami????

Februari 6, 2008 by
PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA  
Pada akhir za man yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2
telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami.Mari kit a
lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..
1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung
daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.
2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat
dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya “ikhlas” bagi isteri guna.
3.SABUN,BERUS, PENYAPU,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik.lelaki
Sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah
gunakanya.
4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar-
tukar tuala..
5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua…..(baju dalam)
6.BARANG KEMAS,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas…..tp beli jugak utk isteri….
7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gin cu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi
Sanggup beli utk isteri.
8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi…
9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedang kanlelaki mun gkin  akan diberhentikan
Kerja kalau rehat sebegitu lama….
10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki
Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.
MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG. ..WARGH.. …..

Renung2kan dan selamat beramal… .

Tanda-Tanda Cinta

Februari 6, 2008 by
Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahwa cinta mempunyai tanda-tanda.Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Mereka akan saling setia sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.
Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan, tidak ada yang merasa lebih berkuasa.
Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad mereka berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung. Isterinya akan sentiasa mendoakan agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan, serta mendoakan suami supaya sentiasa dalam perlindunganNya, tidak tergelincir imannya. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia.
“farhana -”

BICARA CINTA 2

Februari 6, 2008 by
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?  Kerana
Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk  kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.  Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata
seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa  kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata
seorang  lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai
saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai
orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut
bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali
mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah  jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak  mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa
suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan
air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata Cinta yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Jangan
melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri  daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya  kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan
mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan
mengajar kita  menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat Cinta dapat
mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting  sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.  Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang  yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan
kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan
seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya
dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana
sering mengalirkan airmata. Tetapi,segagah- gagah dan perwiranya lelaki,
sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata
syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah
misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang  wira!
Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh  hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan
berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan
menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Jangan
mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir
selamanya.  Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan
bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Tak usah sebut pasal
cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah
bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Cinta adalah keabadian… dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan
bukannya di hati  mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala
kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati
segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang
adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang
menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui
kemaafan.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kamu
gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta  itu istimewa jika ia
diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar
ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya
hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta
itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu
yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Cinta seringkali akan lari bila
kita mencari, tetapi cinta jua  seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi
pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah  satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah
cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan
wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu. Hanya
diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang. Setiap orang punya rasa cinta.
Tapi tak semua orang dapat merasai  cinta. Setiap orang pernah
bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia..
Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas
perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan
balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila
kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cinta laki-laki seumpama
gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya)rentan, ada waktu ia
meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.
Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh
perlahan-lahan, diam-diam dan terus  menerus bertambah. Jika  dipotong,
ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.
“Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?? ?
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya
belaka, barangkali  dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari
kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau
benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang
engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya
 jodoh
itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu
dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg
tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta itu adalah
api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi
tertangkap ke dalamnya.  Jika kasih sayang telah mencapai batasnya,
maka ia dinamakan Cinta.”Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”.
Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta
sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan
cinta. Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu
dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi
tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatimu. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan
nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada hati yang memerlukan. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang
pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta
seperti ini adalah cinta yang  mengharapkan belas kasihan, sebab itu
bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya
kamu yang akan sengsara,bukan orang lain. Salah satu cabaran paling
sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai
kamu dengan sepenuh hatinya. Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah
pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai
diri orang itu. Itu lebih  baik daripada mengahwini orang yang kita
cintai tetapi tidak menyintai  diri kita kerana adalah  lebih mudah
mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian  orang lain.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari
pemberian semata-mata. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup,
rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah
sesuatu yang subjektif, susah untuk  ditafsirkan. Kadangkala kita
merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Cinta
adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula
merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama
hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus
dilupakan. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi,
namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus
mengendalikan tindakan kita  sehingga kadangkala kita melakukan hal
terbodoh tanpa sedari. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita
dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh
dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.Cinta menekan
pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan
kematian. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada
kasih yang lebih ngeri dari putus cinta. Cinta monyet ialah cinta
keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta
materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia
akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah
pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu
berada di atas kepala orang lain. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati.
Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia
adalah suci, lahir dari kasih dan sayang. Cinta akan hidup bersama
dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu.Cinta
pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi. Tetapi kita tak
pernah menghargainya bila ia hadir tetapi akan membuatkan kita
menderita bila ia pergi……. …..

kiriman: farhana

BICARA CINTA….

Februari 5, 2008 by
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanp berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. “Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.” [Raja Pedang Deir]
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya… Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
kiriman: Farhana

8 Rahsia lelaki

Februari 4, 2008 by

8 Rahsia lelaki

1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s
his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik
atau aksesori kereta.

COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.
4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam
tangan dan apa saja!

Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-
asalkan bukan kekasihnya.

COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…

Memahami sifat lelaki.

Februari 4, 2008 by
Memahami sifat lelaki.
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Masa berjimak dan Zuriat

Februari 4, 2008 by
Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
[ Last edited by sheifa_aljuffry at 5-5-2007 12:23 PM ]
KeGeMBiraaN SeLaLu DAtaNg SeLePaS KeSuSahaN…
pots nie diambil dari FORUM ASYRAAF

Jika Ianya Sebuah Cinta…

Februari 4, 2008 by
jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…
ia munkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

Panduan Berdamai…

Februari 4, 2008 by
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu
berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang
terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa
yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa
mereka bergaduh lagi.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah
kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai.
Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk
mencapai perdamaian yang tahan lama.
1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi
merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah
sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan
strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila
bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah
ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk
isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa
kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia
akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama
rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan
cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.
Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan
memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu
adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan
keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan
dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya
sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan
buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak
memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak
yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan.
Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi
bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung
untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan
tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan
sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman
akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk
hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya
menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu
berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun
mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan
seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi
dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan
usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini,
mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia
juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang
itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian
mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku
masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa
tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada
menggunakan bahasa negatif.

“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)
“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan)
“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan
selalu bergaduh.” (tuduhan)
“Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan)
“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan)
“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif.
Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta
suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.
Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok.
Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan
kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara
yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi,
sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan
“dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu
sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan
“semalam”.

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki
terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum
lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang
mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana
masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang
memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar
kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu
sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu
berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak
usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas
alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak
dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan
berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang
suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu
tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan
konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah
itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku,
tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila
mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang
berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan
perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan
sehingga tercetusnya konflik.

a. “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup
tiap-tiap bulan.” (/)
b. “Awak degil.” (x)
“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak
bantah.” (/)
c. “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya
tak berasa diri saya diabaikan.” (x)
10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh
kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah
tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan
perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai
makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat
perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah
bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia
hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.

a. “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)
b. “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)
c. “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)
d. “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)
e. “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu
dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia
memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok,
gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia
perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Tips cari jodoh

Februari 4, 2008 by

Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama
ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami
anda, bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :
Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. Hitung nama
anda
mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah
yang
serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7 . Sesudah itu, tolak 9
sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang. Kemudian rujuk kepada
jadual di
bawah ini:-
Bakinya Interpretasi

1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.


Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita..

Februari 4, 2008 by
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:- “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” Surah
Al-Ahzab: Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wallahualam

Cintailah Dia Hanya Kerana Allah..

Februari 3, 2008 by
Cintailah Dia Hanya Kerana Allah..Mencintai seseorang atau suatu kadang bisa membuat kita lupa makna hakikat dari apa yang kita cintai, siapa yang pernah menciptakannya, menjadikannya hadir di dunia ini, membuatnya ada tampil seperti sekarang ini. Adalah Allah yang telah menjadikannya Tampan dan manis, imut-imut dan lugu, penuh kharisma dan wibawa, inilah yang bisa meruntuhkan dinding-dinding keangkuhan kita pada makhluk yang namanya laki-laki.
Tapi ketahuilah kita tak akan pernah rugi kalo mencintainya karena Allah, karena sampai kapanpun, apapun cuma Allah yang kelak akan membukakan hatinya untuk kita, menyayangi kita, dan peduli tentang kita.
Maka dari itu, cintai dia karena Allah. Maka kita tak akan kecewa sampai kapanpun.
kiriman: farhana

Proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan

Februari 3, 2008 by
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan. kiriman:“Noraini Zakaria”
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

•

Cincin belah rotan. (cincin tanda)

•

Wang tanda (hantaran)

•

Baju sepasang atau kain

•

Buah-buahan

•

Kuih-muih

•

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

•

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

•

Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

•

Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

•

Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

•

Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

•

Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
•

Cincin berlian

•

Sirih junjung

•

Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

•

Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
•

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

•

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

•

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

•

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

•

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

•

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

•

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

•

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

•

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:
•

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

•

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

•

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

•

Membeli cincin kahwin.

•

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

•

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

•

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

•

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

•

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

•

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

•

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

•

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:
•

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

•

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
•

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

•

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Membeli barang kemas

•

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

•

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

•

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

•

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

•

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

•

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

•

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

•

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

•

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

•

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

•

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul .

Bagi pengantin lelaki
•

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

•

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

•

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

•

Cincin / gelang tangan / rantai.

•

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

•

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

•

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

•

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

•

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

•

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

•

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
•

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

•

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
•

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


Nafkah pengikat kasih

Februari 3, 2008 by
Oleh Idris Musa
idris@hmetro. com.my

Ikut keperluan, situasi
NAFKAH adalah perkara asas dalam sebuah keluarga yang membawa kepada kesejahteraan, kecemerlangan dan keutuhan institusi berkeluarga. Tanpanya, ia mengakibatkan kehidupan rumah tangga terumbang-ambing.
Isu nafkah, walaupun tidak diberikan perhatian oleh sesetengah pihak, sama ada menganggapnya perkara remeh atau sengaja ingin lari daripada tanggungjawab, sebenarnya satu topik asasi dalam kehidupan.
“Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia menafkahkan dari apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (At-Talaaq:7)
Persoalan nafkah diterangkan di dalam al-Quran seperti dalam petikan ayat berkenaan, tetapi bagi sesetengah masyarakat disebabkan tiada fokus pada isu terbabit menyebabkan mereka gagal memahami maksud dan konsep nafkah.
Nafkah itu apa dan siapa yang sepatutnya memberi serta menerima nafkah? Bagaimana kedudukannya jika tidak diberikan nafkah, bolehkah diambil tindakan dan apakah tindakan permulaan?
Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Norhidayah Mohd Hashim, berkata perkara ini memang jelas disebut khusus di dalam al-Quran, malah Rasulullah s.a.w juga ada menyatakannya.
Menurutnya, ruang lingkup nafkah sangat besar, bukan terbatas pada wang ringgit saja, malah merangkumi semua keperluan, termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan.
“Mengikut pendapat ahli fiqah, seperti Ibnu Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami untuk melengkapkan apa saja keperluan isteri, termasuk dalam aspek makan, minum dan pakaian.
“Imam Nawawi mengatakan, makanan dan pakaian itu mengikut musim, termasuk tempat tinggal seperti rumah, tempat duduk seperti sofa dan jika perlu selimut, selimut itu nafkah.
“Demikian juga, jika isteri perlu syampu, syampu itu juga perlu disediakan dan itulah nafkah,” katanya sambil menegaskan, seorang suami wajib memberikan nafkah dalam apa saja keadaan kepada isterinya.
Beliau berkata, sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan wanita berada yang tidak biasa melakukan kerja rumah, mencari dan mendapatkan orang gaji itu juga termasuk nafkah.
“Isteri yang bergaji besar juga perlu diberikan nafkah, kecuali isterinya mengatakan tidak mengapa sekiranya tidak diberikan padanya,” katanya.
Nurhidayah berkata, begitupun seorang suami wajib memberikan nafkah sekadar termampu.
“Walaupun anak Datuk, Tan Sri tetapi sekiranya suami tidak mampu menyediakan yang lebih selesa, seperti menyediakan orang gaji, si isteri kena reda.
“Nafkah diberi secara berpada, misalnya mengikut keperluan dan situasi. Jika wang ringgit mahu dinilaikan jumlahnya, ia boleh dinilai mengikut keadaan semasa dan lokasi tempat tinggal.
“Tetapi bagi isteri nusyuz (iaitu melakukan perkara yang dianggap menderhaka pada suami), mereka tidak layak menerima nafkah,” katanya.
Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata jika tidak mengetahui nafkah itu tanggungjawab siapa, masyarakat akan menjadi kelam-kabut.
“Mengikut peruntukan undang-undang, tanggungjawab nafkah terletak pada suami dan isteri berhak menuntutnya di mahkamah jika suami tidak memberikan nafkah kepadanya.
“Nafkah isteri bermula daripada akad nikah. Dalam konteks nafkah kita perlu pada isteri dan ibu-ibu bertindak. Allah sudah mengatakan atas diri kita ada hak.
“Jika suami masih abai tanggungjawab, isteri kena ubah, tegur dan bertindak untuk mendapatkan keadilan,” katanya sambil memberikan ingatan kepada masyarakat: “Banyak rumah tangga terkorban kerana nafkah.”
Kes berkaitan nafkah antara kes utama difailkan di Mahkamah Syariah, sama ada berkaitan nafkah ke atas isteri atau anak-anak.
“Nafkah suatu kewajipan secara umum berkaitan fizikal, jika tidak diberi berlaku kezaliman dan tiada keadilan.
“Satu lagi mengenai nafkah adalah berbentuk spiritual. Sebenarnya undang-undang saja tidak boleh menyelesaikan masalah manusia. Ini kerana dalam undang-undang tidak menyebut mengenai kasih sayang.
“Kita lihat hari ini, walaupun anak isteri diberikan banyak wang, diberikan kad kredit, mereka masih ke mahkamah (kerana berasa terabai).
“Ada kebelakangan ini persoalan kasih sayang yang berkaitan nafkah dan yang ini perlu kepada pindaan,” katanya.

kiriman: “Noraini Zakaria”

Memulihkan sayang suami yang pudar

Februari 3, 2008 by
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan..
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.
Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.
Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).
Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.
Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.
Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.
Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.
Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.
Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.
Apa yang anda boleh dilakukan
- Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
- Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
- Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
- Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
- Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
- Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
- Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
- Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
- Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
- Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
- Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
- Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
- Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
- Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.

kiriman: Memulihkan sayang suami yang pudar

Hubungan Menantu Mentua

Februari 3, 2008 by
Oleh Diyanah Anuar

KATA orang, perkahwinan itu suatu yang indah untuk dilalui namun di dalam indah itu ada juga terselit liku-liku yang terpaksa diharungi.
Hubungan dengan mentua atau ibu dan bapa kepada pasangan yang dinikahi sering disebut-sebut antara cabaran besar yang akan menguji kehidupan berumahtangga.
Lihat saja realiti dalam kehidupan kebanyakan masyarakat baik apa bangsa sekalipun, hubungan antara mentua dan menantu terutamanya antara ibu mentua dengan menantu perempuan selalu dihimpit masalah dan tekanan.
Sememangnya, ada menantu dan mentua yang mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab, ada juga yang melalui hubungan tidak begitu baik dan ada pula sekadar biasa saja.
Namun, mengapa agaknya segelintir perhubungan antara mentua dan menantu?
Cetusan konflik selalunya bermula pada pertemuan pertama. Sejak itu lagi, bakal menantu biasanya tertanya-tanya, adakah ‘bakal mentua’ akan menyukainya ataupun tidak.
Individu yang sensitif dapat ‘menghidu’ apa perasaan bakal mentua pada pandangan pertama lagi. Bakal pengantin perempuan juga selalunya boleh mengesan jika bakal mentua mereka, terutama bakal ibu mentua merestui hubungan yang ingin dimeterai ataupun tidak.
Bagi sesetengah yang lain pula, kerumitan akan mula wujud saat membuat persiapan perkahwinan. Ketidaksefahaman mungkin terjadi apabila masing-masing ingin membuat keputusan dalam persiapan yang sedang diadakan itu.
Pasangan (suami atau isteri) juga juga boleh menjadi punca perbalahan atau wujudnya perasaan berbaur negatif antara mentua dan ibu mereka terutama apabila mereka tidak menjadikan pasangan mereka sebagai keutamaan.
Jika perhatian dan tanggungjawab yang seharusnya diberikan tidak dilaksanakan oleh si anak ataupun menantu juga boleh membuatkan ibu bapa sentiasa ‘menagih’ waktu, wang ringgit, kasih sayang dan kesetiaan.
Lalu, isteri atau suami pula akan merungut mengenai pasangan mereka yang membiarkan kehidupan mereka dikawal oleh ibu atau bapa.
Konflik juga boleh timbul sekiranya ibu bapa mentua tidak menunjukkan rasa hormat terhadap hak peribadi anak mereka yang sudah berumahtangga.
Antara penyebab lain pula adalah bila lebih banyak kritikan yang dilemparkan berbanding rasa hormat atas perbezaan yang ada. Anak menantu yang lebih banyak dikritik daripada dihargai oleh ibu bapa akan berasa sakit hati, salah faham dan juga marah. Pada perspektif sesetengah mentua pula, menantu hanya akan mendapatkan mereka bila inginkan bantuan saja.
Pun begitu, satu perkara yang harus diingat mana-mana ibu mentua mahupun yang bakal bergelar ibu mentua, kedudukan seorang ibu mentua tidak lagi sama seperti kedudukan seorang ibu kandung. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghubungi atau bertandang ke rumah anak dan menantu mahupun masuk campur dalam urusan kehidupan mereka. Suami atau isteri anaknya adalah keutamaan dalam kehidupan anak mereka kini.
Seperti kata Pembantu Teknik Awam, Rosmaini Salleh, 27, sekiranya seseorang itu sudah memainkan peranan mereka sebagai seorang anak dan menantu dengan sebaiknya, konflik dan masalah dalam perhubungan menantu dan mentua dapat dielakkan.
“Sebagai anak, kita seharusnya bijak melaksanakan kedua-dua tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagai seorang anak.
“Masalah mentua-menantu terutama antara ibu mentua dan menantu perempuan yang selalu berlaku dalam masyarakat kita mungkin terjadi bila si ibu cuba membanding-bandingk an bagaimana mereka menjaga anak mereka dengan bagaimana pasangan anaknya menjaga anak mereka.
“Ini tentunya dapat dielakkan jika kedua-dua anak dan menantu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,” ujarnya.
Isteri Rosmaini, Sharifah Atan, 23, pula berkata, ‘persaingan’ antara menantu serta mentua yang bersifat pilih kasih juga boleh menjadi faktor yang boleh menimbulkan masalah dalam hubungan mentua-menantu.
“Ada sesetengah mentua yang mempunyai menantu kesayangan hingga membuatkan menantu lain berasa terpinggir atau kecil hati. Ini yang boleh merenggangkan hubungan antara mereka.
“Sebaik-baiknya, mentua jangan membeza-bezakan layanan mereka kepada menantu dan setiap menantu pula saling menghormati antara satu sama lain, barulah hubungan antara mereka dapat dijalinkan dengan baik.
“Saya sendiri bersyukur kerana keluarga mentua melayan saya dengan baik dan banyak memberi tunjuk ajar sejak saya menyertai keluarga mereka setahun lalu.
“Pokok pangkalnya, kita mestilah saling berusaha mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain dan mengelakkan sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan ini,” kata Sharifah.
Shahidah Din, 53, suri rumah yang juga ibu kepada empat orang anak pula berkongsi pendapat beliau, ibu bapa harus bersifat lebih terbuka dan bertolak ansur dengan anak dan menantu mereka.
“Kehidupan anak-anak kini penuh dengan pelbagai komitmen. Jadi, masing-masing tentunya tidak dapat memberikan perhatian seperti mana yang diberikan sebelum berumahtangga dulu.
“Dalam soal ini, ibu bapa seharusnya lebih bertolak-ansur. Seperkara lagi, janganlah pula terlalu campur tangan dalam soal rumah tangga anak-anak. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri. Bila mereka perlukan bantuan, barulah kita bantu. Cuma, apa yang harus ditegur, kita tegurlah,” kata beliau yang lapan tahun bergelar ibu mentua.
“Sejak mula lagi, saya dan suami pastikan kami melayan menantu sama seperti anak sendiri. Saya selalu ingatkan diri sendiri, saya juga ada anak-anak lain yang satu hari nanti akan menjadi menantu orang juga. Takut kalau kita layan menantu dengan buruk, perkara yang sama akan terjadi kepada anak kita pula,” katanya sambil menyatakan sifat saling hormat adalah perkara terpenting dalam jalinan hubungan mentua-menantu.
Apapun, setiap manusia ingin diri dihargai. Perasaan ini dapat dizahirkan apabila kita saling menghormati antara satu sama lain dan memahami batas perhubungan mentua dan menantu.
Masing-masing harus tahu bagaimana hendak menjaga hati masing-masing.
Pada yang bergelar suami atau isteri pula, pastikan perasaan pasangan anda juga dijaga sebaiknya. Kebanyakan konflik mentua-menantu dapat dielakkan apabila setiap pasangan tahu bahawa kedudukan mereka lebih diutamakan daripada yang lain.
Tips memastikan hubungan dengan mentua-menantu sentiasa baik
  • Cuba bermesra – Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.
  • Dahulukan keluarga anda – Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini.. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa ‘jauh’ dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.
  • Usah babitkan anak-anak dalam masalah – Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.
  • Dapatkan nasihat – Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.
  • Terima seadanya – Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.
kiriman: “Noraini Zakaria”

menuju alam perkahwinan

Februari 3, 2008 by
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K‘ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal“, “Kelas“, “Kufu“, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin“.. KENAL
Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut.
Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya” Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya… .
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.


KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.


KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-

“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat
Islam.

Rasulullah memberitahu: –
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki” Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-
“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur
kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya” Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA” .. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….


Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.kiriman:”Noraini Zakaria”

Memulihkan sayang yang pudar

Februari 1, 2008 by
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan.
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.
Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.
Teringat kisah seorang kawan yang s eda ng menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).
Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.
Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.
Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.
Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.
Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.
Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.
Ø Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
Ø Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
Ø Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
Ø Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
Ø Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
Ø Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
Ø Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
Ø Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
Ø Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
Ø Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
Ø Ketika suami s eda ng marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan mer eda kan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
Ø Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
Ø Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
Ø Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.
Mas

TIPS MENGHARGAI PASANGAN

Januari 31, 2008 by
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills . Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

kiriman: “Noraini Zakaria”

RAHSIA CORAK DAN WARNA TALI LEHER

Januari 31, 2008 by
RAHSIA CORAK DAN WARNA TALI LEHERTali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan. Biru.
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.
Merah.
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.
Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.
Hitam.
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.
Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.
Kuning.
Muda, penuh harapan dan bahagia.
Hijau.
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.
Cokelat.
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.
Bergaris.
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.
Polkadot.
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik
Bercorak gelombang.
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.
kiriman: “farhana -”

Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama

Januari 31, 2008 by
Kajian: Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama PDF Print E-mail
Monday, 28 January 2008
LONDON: Pasangan suami isteri digalak bertengkar kerana ia adalah rahsia umur panjang. Penyelidik mendapati suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam rasa marah terhadap satu sama lain mungkin meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Ini kerana mencuba menyelesaikan konflik lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.


Laporan akhbar Daily Mail menyebut ahli sains mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama merangkumi pasangan suami isteri yang membincangkan rasa marah mereka.

Kumpulan kedua merangkumi pasangan yang hanya suami menunjukkan rasa marah. Isteri sebaliknya memendam perasaan.

Kumpulan ketiga melibatkan pasangan yang hanya isteri menunjukkan rasa marah manakala kumpulan keempat mempunyai pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam rasa marah, 13 kematian dicatat. Namun dalam tiga kumpulan lagi melibatkan 166 pasangan, kesemuanya hanya 41 kematian dicatat.

‘Kunci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimanakah anda menyelesaikannya? ‘ kata Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan yang menjalankan kajian itu.

‘Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam rasa marah, dan anda terlalu memikirkannya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah. — Agensi.
OLEH ITU : BERGADUHLAHHHHHHHHH HHHHHHHHHHHHHHHH H HUHUHU

Keistimewaan Wanita

Januari 31, 2008 by
Keistimewaan Wanita
************ *******
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
kiriman: farhana

Surat cinta lawak yang sadis

Januari 31, 2008 by
Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite,
kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab.
Tang mane erk kite sayang kat ayang?
Semalaman kite duk pk soalan
tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.
Kesimpulannya :
isk..sedey bace surat chenta nie.. lawak pun ade gak..
moral of da story.. jgn ler couple dgn org yg tak reti menghargai kite..
kiriman: “Noraini Zakaria”

Mengapa wanita suka merajuk?

Januari 31, 2008 by
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga) .

Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.
Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

kiriman:”Noraini Zakaria”

50 Tips Pikat Lelaki

Januari 29, 2008 by
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

LELAKI YANG SEJATI

Januari 29, 2008 by
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…
Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Kiriman: farhana

CARA2 SESEORANG ITU CUBA MEMIKAT KITA

Januari 29, 2008 by
Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.
1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kitatu.
2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.
3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.
4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.
5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.
7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.
8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.
Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?
Kiriman: farhana

BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. .???

Januari 29, 2008 by
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
sila klip pada: tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. untuk bersama penulis asal artikel nie.
ps: artikel nie saya dapat dari email.

12 Perkara Tentang Cinta

Januari 29, 2008 by
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Kiriman: farhana

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Januari 29, 2008 by
Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.


Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Kejujuran Bukti Cinta Sejati

Januari 29, 2008 by
PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!
Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
  • Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
  • Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
  • Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
  • Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
  • Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
  • Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.
Kiriman: farhana

Rahsia Cinta Lelaki

Januari 27, 2008 by
Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..
Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda. )Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. [-xBerikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. )

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Januari 27, 2008 by
BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.


CARA LELAKI MENGUNGKAPKAN CINTA

Januari 27, 2008 by
Bagi lelaki sebenarnya mengatakan tiga perkataan ini merupakan sebuah langkah besar kerana lebih dari sekadar mengekspresikan perasaan.Bagi sesetengah lelaki pula,cinta terasa seperti sebuah komitmen hidup dan bagi sesetengah orang penuh dengan bahaya.Takut penolakan menjadi alasan lelaki enggan mengatakan cinta kerana penolakan bagi sebahagian besar lelaki sangat menyakitkan. Sebahagian besar lelaki perlu merasa aman dalam sebuah hubungan sebelum dia berani mengatakan kata-kata tersebut.Ada lelaki lain mengungkapkan aku cinta padamubererti aku menawarkan sebuah komitmendan bagi banyak lelaki cinta diungkapkan melalui tindakan sehingga kata-kata itu adalah sebuah janji yang harus diikuti.Ketika beberapa lelaki mengatakan aku cinta padamubererti aku tidak akan meninggalkanatauaku akan selalu setia.Ini mungkin ditakuti beberapa lelaki kerana mereka merasakan kata-kata itu sebuah janji yang jika janji itu tidak dipenuhi mereka akan menderita.
Menunjukkan kasih sayang
Kasih sayang boleh mendefinisikan sesuatu dari memegang tangan,mengelus sampai bercinta.Sebenarnya sebahagian besar lelaki boleh dengan mudah mengungkapkan perasaan mereka selama bercinta.Hal ini kerana setelah merasa dekat mereka berasa seolah-olah telah mencintai.Kontak fizikal akan menghancurkan halangan dan memberikan perasaan dekat hingga tidak mudah diperoleh dalam cara lain.Ini boleh menjadi satu masalah yang rumit kerana seks boleh membawa maksud hal berbeza bagi setiap individu.Sebahagian besar memerlukan kasih sayang termasuk seks kerana dengan inilah membuat mereka mencintai .Tetapi beberapa wanita bahkan perlu mendengar kata cinta diucapkan sehingga ketika seorang lelaki terbuka,dan memberikan kasih sayang dengan seorang wanita,inilah cara dia mengungkapkan cinta.Baginya cinta bererti saling bertemu.
Mengenalkan pada keluarga
Cara lain mengungkapkan aku cinta padamuadalah dengan membawa anda ke rumah untuk bertemu keluarga,kerabat dan temannya.ini bererti sebuah petunjuk bahawa lelaki memiliki perasaan lebih dalam terhadap anda.Tidak hanya dia bangga terhadap anda,tetapi dia juga ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang rapat dengannya hingga anda menjadi sebahagian daripada hidupnya.Jika tidak,ini suatu tanda perasaan yang dalam,dan anda perlu menanyakannya.
Memberi tanda sayang
Hadiah boleh merupakan ungkapan sayang oleh lelaki.Ada banyak jenis hadiah berbeza yang seorang lelaki biasa berikan,boleh jadi manisan,bunga, coklat dan catatan khusus.tetapi ada hal lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. bagi beberapa lelaki,memberikan waktu merupakan bentuk hadiah.Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan waktu bersama,inilah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai.
dunia lelaki
kiriman: farhana

PSIKOLOGI CINTA

Januari 27, 2008 by
Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita.
Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki. Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.
Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.
Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.
Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.
Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.
Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.
Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.
kiriman: farhana

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA

Januari 26, 2008 by
Assalamualaikum,
Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab ‘penderitaan mengundang bahagia’. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
kiriman
farhana

PSIKOLOGI CINTA

Januari 25, 2008 by
Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”
Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.
Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.
Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.
Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.
Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.
Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.
Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.
Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.
Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar